corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Sunday, September 28, 2008

Iskandar Malaysia Raih Pelaburan RM1 Bilion Daripada Pengendali Terminal Minyak Terkemuka Di Dunia

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Unit MMC Corporation Bhd, Seaport World Wide Sdn Bhd (SWW), dan ATT Tanjung Bin Sdn Bhd, unit terminal minyak terkemuka di dunia, Vitol Terminal BV, hari ini memeterai perjanjian yang akan menyaksikan ATT melabur hingga RM1 billion di Iskandar Malaysia.

Di bawah perjanjian itu, SWW akan memajak kira-kira 48 hektar tanah ada kadar RM20 sekaki persegi (selama 30 tahun) kepada ATT.Ketua pegawai eksekutif Vitol Terminal, Rob Nijst, berkata ATT akan melabur RM1 bilion (bagi fasa satu) untuk membina kemudahan pengadunan dan penyimpanan minyak mentah, petroleum dan produk petrokimia dengan kapasiti permulaan sebanyak 750,000 meter isi padu bagi sebuah terminal minyak.

ATT akan membina 5 hingga 12 tambatan (secara berperingkat) dan jeti marin yang boleh menampung pelbagai jenis kapal tangki dari 25,000 hingga 180,000 tan metrik tanpa muatan (DWT) dan kelengkapan menambat pelampung tunggul (SBM) yang boleh menampung kapal tangki yang lebih besar, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata selain lokasi strategik Tanjung Bin dari segi laluan pengemudian, tempat berlabuh dan pusat penetapan harga tenaga serantau, faktor-faktor lain yang menyokong pemilihan Tanjung Bin ialah kos kendalian yang berdaya saing di Iskandar Malaysia.Pembangunan strategik lain yang dirancang dalam Iskandar Malaysia akan menghasilkan nilai sinergi kepada projek syarikat itu, katanya.

Ketua pegawai eksekutif MMC, Hasni Harun, berkata pembinaan kemudahan Vitol Terminal di Barat Daya Johor itu kena pada masanya dan menandakan satu lagi lembaran baru pelaburan MMC dalam Iskandar Malaysia.Di bawah terma perjanjian itu, MMC, melalui anak syarikat milik penuhnya, SWW, akan mempunyai pilihan untuk membeli 20 peratus kepentingan dalam projek itu.

"Ini merupakan kemajuan penting bagi rancangan jangka panjang MMC dan SWW untuk memajukan kawasan itu sebagai sebuah kawasan pertumbuhan baru bagi kegiatan marin seperti yang digariskan dalam pelan induk yang dipersetujui bersama dengan kerajaan negeri pada 2002.Di bawah pelan induk itu, kami telahpun siap membina Loji Janakuasa Tanjung Bin dengan kos RM7.6 bilion dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang, hari ini, menduduki tempat ke-17 di kalangan pelabuhan paling sibuk di dunia," kata Hasni.

Sementara itu, pengarah MMC dan SWW, Datuk Mohd Sidik Shaik Othman, berkata perjanjian itu memperlihatkan keyakinan Vitol Terminal terhadap MMC sebagai penyedia prasarana dan kemudahan bertaraf dunia yang berkemampuan memenuhi keperluan bertaraf dunia.

"Kami sedang berunding dengan pihak-pihak lain yang berminat menjadi sebahagian daripada pusat Petroleum dan Maritim Tanjung Bin. Kehadiran Vitol Terminal BV baik bagi MMC dan juga Iskandar Malaysia kerana ini akan menggalakkan lagi peserta global yang lain datang dan melabur di sini," kata Sidik.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup