corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Sunday, September 14, 2008

Ekonomi Dunia: Ekonomi Jepun susut 3 peratus


Penurunan terburuk dalam tempuh 7 tahun akibat permintaan domestik, eksport merosot EKONOMI Jepun mencatatkan penurunan paling buruk dalam tempoh hampir tujuh tahun pada suku kedua, demikian diumumkan kerajaan negara itu sambil meminta syarikat swasta supaya menaikkan gaji pekerja bagi mengelakkan daripada kemelesetan.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu merosot tiga peratus dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun lalu, lebih buruk daripada 2.4 peratus dijangkakan berikutan penurunan permintaan domestik dan eksport serta kenaikan harga bahan mentah. Berbanding suku tahun sebelumnya, ekonomi negara itu susut 0.7 peratus.


Ia adalah penurunan pertama dalam tempoh setahun dan paling teruk sejak kejatuhan 4.5 peratus dalam suku ketiga 2001. Bagaimanapun, ia adalah kurang daripada unjuran penganalisis dan hanya memberi kesan sedikit terhadap pasaran saham dan nilai yen.

Menteri ekonomi dan dasar fiskal, Kaoru Yosano, menggesa syarikat korporat Jepun meningkatkan gaji pekerja bagi merangsang perbelanjaan, memandangkan permintaan eksport Jepun yang menjadi kunci utama pertumbuhan ekonominya semakin merosot.

Jepun yang sebelum ini berbangga dengan kedudukannya sebagai negara yang penduduknya adalah 100 peratus kelas pertengahan semakin bimbang mengenai jurang pendapatan rakyatnya.

Kenaikan dalam gaji semakin kecil walaupun syarikat utama mencatatkan keuntungan sejak ekonomi negara itu pulih daripada kegawatan pada 1990an. "Gaji pekerja patut dinaikkan kerana ia akan menampung kenaikan dalam harga," kata Yosano. Yosano adalah seorang daripada lima calon bagi jawatan Perdana Menteri pada pemilihan Parti Demokratik Liberal pada 22 September ini.

Permintaan domestik Jepun dalam suku kedua lalu adalah lebih buruk daripada dijangkakan. Ia jatuh 0.7 peratus berbanding suku sebelumnya, lebih teruk daripada unjuran 0.6 peratus yang dibuat sebelum ini. Penganalisis di Barclays Capital Research, Kyohei Morita, melahirkan kebimbangan bahawa gaji nominal pekerja susut buat kali pertama dalam tempoh lima suku tahunan.

"Setakat ini, gaji nominal terus menunjukkan pertumbuhan positif, manakala gaji sebenar merosot disebabkan kenaikan harga," katanya. Secara amnya, ahli ekonomi berpendapat sesebuah negara mengalami kemelesetan jika ekonominya mengalami pertumbuhan negatif bagi tempoh dua suku tahunan berturut-turut. – AFP

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup