corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, September 16, 2008

Bank pelaburan Amerika bankrap


Pengumuman Lehman Brothers bagi lindungi aset dan maksimumkan nilai LEHMAN Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat (AS), semalam mengumumkan kebankrapannya ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah mengukuhkan pasaran kewangan yang dilanda krisis gadai janji serta perumahan. Dalam satu kenyataan, Lehman Brothers berkata pengumuman bankrap itu 'bagi melindungi aset dan memaksimumkan nilainya'. Bank pelaburan itu berkata, pengumuman itu diberi kuasa oleh lembaga pengarahnya dan dijangka dikeluarkan di Mahkamah Kebankrapan AS, Daerah Selatan New York, lewat semalam.

"Pelanggan Lehman Brothers, termasuk pelanggan anak syarikat milik penuhnya, Neuberger Berman Holdings LLC, boleh meneruskan dagangan atau mengambil tindakan lain yang mempunyai kaitan dengan akaun mereka," kata kenyataan itu. Firma Wall Street yang bermasalah itu, kerugian kira-kira AS$3.9 bilion pada suku ketiga tahun kewangannya di tengah-tengah penurunan nilai terbaru aset gadai janji. Pengumuman bankrap itu hadir selepas usaha saat akhir untuk mencari pembeli bank pelaburan bermasalah itu, gagal.

Satu sumber bank Britain, Barclays berkata ia menarik diri daripada rundingan itu kerana bimbang terpaksa menjamin komitmen dagangan firma AS berusia 158 tahun itu. Dalam perkembangan berkaitan, Bank of America berkata ia sedang dalam proses membeli bank pelaburan Merril Lynch bernilai AS$50 bilion dalam satu urus niaga yang mewujudkan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Susulan pembelian itu, Bank of America akan memiliki pembrokeran terbesar di dunia dengan kira-kira 20,000 penasihat dan aset pelanggan bernilai AS$2.5 trilion. Rombakan terhadap Wall Street hadir ketika Rizab Persekutuan AS yang berhasrat mengurangkan kesan krisis gadai janji berkata bahawa ia sedang meringankan keperluan cagaran untuk firma terbabit kerana tindakannya 'untuk mengenal pasti pasaran yang berpotensi tidak menentu'. – AFP

Cagaran untuk pinjaman kecemasan khusus itu akan diperluaskan kepada semua sekuriti hutang gred pelaburan, kata bank pusat itu. Sebelum ini, hanya sekuriti perbendaharaan, sekuriti agensi, gadai janji disokong penarafan-AAA dan sekuriti disokong aset yang boleh dijamin. Setiausaha Perbendaharaan, Henry Paulson, berkata tindakan itu 'adalah kritikal untuk memudahkan kecairan, melicinkan fungsi pasaran dan menumpu perhatian terhadap sebarang kebimbangan dalam pasaran kredit'. Ketika masih tiada berita rasmi mengenai nasib Lehman, penganalisis menjangkakan pengumuman kebankrapan akan memberi kesan kepada banyak syarikat yang berurusniaga dengan gergasi Wall Street itu, dengan potensi untuk memburukkan lagi keadaan kredit global.

Pesuruhjaya Sekuriti dan Kadar Pertukaran berkata ia sedang 'mengambil tindakan' untuk memastikan perlindungan kepada deposit pelanggan pembrokeran Lehman, yang dilindungi oleh peraturan SEC dan sebuah dana insurans. Dalam tindakan berkaitan, satu konsortium 10 syarikat pelaburan dan komersial global mengumumkan rancangan untuk menyediakan AS$70 bilion bagi membantu mengimbangi tekanan kredit. Bank of America, Barclays, Citibank, Credit Suisse, Deutsche Bank, Goldman Sachs, JPMorgan Chase, Merrill Lynch, Morgan Stanley dan UBS berkata, mereka memulakan satu siri tindakan untuk membantu meningkatkan kecairan dan mengurangkan ketidaktentuan pasaran hutang dan ekuiti global. - AFP

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup