corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, August 20, 2008

Urus Wang Anda: ABM bantu selesai masalah perbankan

LAYANAN MESRA:
Perbincangan dengan pihak bank
membantu pelanggan menyelesaikan
masalah berkaitan urusan perbankan.


Pengadu perlu fahami prosedur bagi memudahkan urusan TIDAK berpuashati dengan perkhidmatan perbankan atau penalti tertentu yang dikenakan ke atas pinjaman anda? Jangan bimbang, anda sebagai pelanggan bank mempunyai saluran khusus bagi menyuarakan rasa tidak puas hati itu.

Menurut Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), bank biasanya mempunyai Unit Aduan yang ditubuhkan bagi melayan sebarang pertanyaan atau aduan pelanggan. Ia ditubuhkan bank bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan masing-masing. Bagaimanapun, bagi memastikan setiap aduan atau masalah dapat diselesaikan dengan baik dan teratur terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti.

Ini bagi memudahkan pegawai bank menyelesaikan masalah anda dengan cekap dan bagi membolehkan anda mendapat kembali wang, sekiranya berlaku kesalahan di pihak bank. Bagaimana caranya membuat aduan? Pertama sekali, hubungi bank. Jika boleh kunjungi bank dan bercakap sendiri dengan pegawai yang berkenaan bagi menerangkan masalah yang sedang anda hadapi. Pilihan lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menulis surat kepada bank. Hubungi mereka dan kemudian menghantar emel kepada Unit Aduan bagi menjelaskan masalah anda.

Sekiranya, anda bercakap menerusi telefon, bank selalunya akan menasihati anda membuat susulan dengan menghantar surat rasmi. Sebagai tambahan bank juga selalunya mempunyai satu borang aduan yang seragam bagi memudahkan pelanggan mengemukakan aduan. Apakah langkah seterusnya yang akan diambil bank? Bank akan menjalankan siasatan terhadap masalah anda dan akan kembali kepada anda dengan penjelasan atau keputusan yang diambil dalam masa dua minggu selepas menerima surat anda. Jika masalah itu rumit, bank mungkin memerlukan lebih banyak masa bagi menjalankan siasatan dan akan memberikan nasihat kepada anda apa yang patut dilakukan seterusnya.

Pada masa sama bank juga akan memberikan tarikh bilakah siasatan itu mungkin boleh diselesaikan. Selepas pihak bank meneliti aduan anda, mereka akan membalas surat anda bagi menyatakan keputusan yang mereka ambil serta mengapa keputusan itu dibuat. Bagaimanapun, jika masalah atau aduan anda gagal diselesaikan, bank akan mengeluarkan satu surat yang menyatakan isu itu menemui jalan buntu atau ‘deadlock letter’.

Sekiranya merasakan keputusan yang dicapai itu tidak memenuhi apa yang diharapkan, anda boleh mengunjungi Biro Perantara Kewangan (FMB) di Bank Negara yang boleh bertindak sebagai orang tengah dalam mencari penyelesaian kepada isu yang sedang anda hadapi.

Apakah peranan FMB?

FMB adalah biro bebas yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan secara pantas, memudahkan, cekap dan berkesan ke atas aduan pengguna. Mereka bertindak sebagai perantara antara penyedia perkhidmatan kewangan dengan orang ramai. Perkhidmatan yang diberikan juga adalah secara percuma.

Ia meliputi semua aduan, perselisihan atau tuntutan membabitkan kehilangan wang pelanggan membabitkan perkara berikut:

Perbankan dan kewangan: - Sehingga RM100,000 bagi kes salah guna membabitkan instrumen pembayaran seperti kad kredit, kad caj, kad ATM dan cek dengan had tidak lebih daripada RM25,000.

Insurans dan Takaful: - Sehingga RM200,000 bagi insurans atau takaful motor dan kebakaran. - Sehingga RM5,000 bagi kemusnahan hartanah pihak ketiga. - Sehingga RM10,000 bagi kes lain.

Bagaimana menghubungi FMB?

Anda boleh menghubungi atau datang ke pejabat FMB. Jika menulis surat, nyatakan dengan ringkas dan jelas apakah masalah anda serta jangan lupa menyertakan salinan ‘deadlock letter’ daripada bank. Ia perlu dilakukan dalam masa tidak melebihi enam bulan selepas anda menerima surat ‘deadlock letter’ daripada bank. Anda juga perlu mengisi borang khas yang disediakan FMB bagi membolehkan pihak FMB mendapatkan maklumat peribadi anda daripada bank.

Tip apabila menghubungi bank

  • Buat catatan.
  • Simpan maklumat terperinci nama dan orang yang anda hubungi.
  • Catat tarikh dan masa panggilan dibuat.
  • Buat susulan menggunakan surat rasmi.

Tip menulis surat aduan kepada bank

  • Tulis dengan jelas menggunakan dakwat hitam atau biru.
  • Tuliskan apakah kes yang berlaku dengan jelas dan berikan semua maklumat terperinci secara tersusun.
  • Elakkan daripada mengulangi fakta.
  • Masukkan nombor rujukan seperti nombor akaun atau rujukan.
  • Sertakan salinan dokumen berkaitan dan simpan salinan asal.
  • Berikan nombor telefon anda yang senang dihubungi.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup