corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, August 6, 2008

RIZAB MINYAK MENCUKUPI

Masalah utama negara pengeluar adalah kaedah akses simpanan.
RIZAB minyak dunia ketika ini adalah mencukupi untuk menampung permintaannya pada masa depan, tetapi masalah utama yang dihadapi pengeluar minyak adalah kaedah untuk mengakses rizab berkenaan dan bagi meningkatkan pengeluarannya.
Ketua Ahli Ekonomi BP Plc, Cristof Ruhl, berkata jumlah rizab minyak mentah dunia ketika ini adalah 1.24 trilion tong, meningkat 107.8 bilion tong sejak 2001 dan 168.5 bilion tong atau 14 peratus sejak sedekad lalu.

"Rizab minyak global meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan pengeluarannya. Sebahagiannya disebabkan kekangan sumber modal dan teknologi untuk mengakses sumber itu. "Selain modal pelaburan yang tinggi, pembangunan sesebuah lapangan minyak juga mengambil masa yang lama di antara tujuh hingga lapan tahun," katanya pada sidang media selepas membentang Kajian Statistik Tenaga Dunia di Kuala Lumpur, semalam. Ruhl berkata, 71 peratus daripada rizab minyak dunia itu dimiliki oleh anggota Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (Opec), manakala 10 peratus lagi milik negara bekas Soviet.

Mengikut rantau pula, katanya, jumlah rizab terbesar adalah di Asia Barat iaitu 73.21 trilion meter padu, diikuti Eropah (59.41 trilion meter padu), Afrika (14.56 trilion meter padu), Asia Pasifik (14.46 trilion meter padu), Amerika Utara (7.98 trilion meter padu) dan Amerika Tengah (7.73 trilion meter padu). Katanya, jumlah rizab minyak dunia itu bagaimanapun mungkin lebih tinggi kerana ada negara enggan mendedahkan jumlah rasmi rizab masing-masing. Ruhl menjelaskan, kadar penggunaan minyak mentah global tahun lalu naik sejuta tong sehari atau 1.1 peratus kepada 85.22 juta tong sehari atau kira 60,000 tong seminit daripada 83.32 juta tong sehari atau 57,895 tong seminit pada 2006. Jumlah pengeluaran pula sebaliknya merosot 126,000 tong sehari atau 0.2 peratus kepada 81.5 juta tong sehari atau 56,597 tong seminit daripada sebanyak 81.66 juta tong sehari atau 56,597 tong seminit pada 2006, katanya.

Justeru, beliau menegaskan, kenaikan harga minyak mentah sehingga mencatat rekod tertingginya AS$147.27 pada 11 Julai lalu pada umumnya disebabkan oleh bekalan terhad di sebalik permintaan yang tinggi. "Permintaan minyak mentah dijangka hanya susut jika ekonomi dunia mencatat pertumbuhan lebih perlahan di bawah kadar dua peratus tahun ini," katanya. "Penstrukturan semula subsidi di India, Thailand, Indonesia, Mesir, China dan Malaysia, dijangka tidak menjejaskan pertumbuhan permintaan global," katanya. Rulh mengunjurkan harga purata minyak mentah dunia tahun ini antara AS$109 dan AS$110 setong, berbanding purata AS$72 setong tahun lalu.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup