corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, August 15, 2008

Prospek Tekanan Inflasi Berkurangan Pada Separuh Kedua 2008 Positif Untuk Pasaran Bon, Kata Pakar Ekonomi

Prospek tekanan inflasi berkurangan pada separuh kedua tahun ini akan menjadi suatu yang positif kepada pasaran bon di Malaysia, kata seorang penceramah di Persidangan Bon tahunan RAM.
Ketua ahli ekonomi dan naib presiden Aseambankers Malaysia Bhd, Suhaimi Ilias berkata prospek tekanan inflasi yang berkurangan boleh menghasilkan antaranya pengurangan dalam kadar faedah dan lekuk hasil."Ketidaktentuan politik yang berpanjangan ditambah dengan risiko ekonomi yang meningkat seperti inflasi dan kelemahan ringgit merupakan beberapa unsur negatif bagi pasaran bon sekarang ini," kata Ilias pada sesi bertajuk "Kadar Faedah dan Inflasi: Di mana Hala Tuju Pasaran Bon Malaysia" di persidangan itu.
Ilias berkata pasaran bon semasa menyaksikan kadar naik dan peningkatan dalam lekuk hasil.Seorang lagi penceramah, ketua ahli ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata trend sekarang ini adalah peluasan tebaran kredit dalam pasaran bon ekonomi maju disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran kewangan dan masalah kredit.Dr Yeah berkata terdapat peningkatan dalam hasil bon disebabkan oleh kejutan Indeks Harga Pengguna setelah inflasi naik.
IHP Malaysia bagi Jun pada 7.7 peratus.Bagaimanapun, beliau berkata pasaran bon Malaysia tidak terlalu memberi reaksi kepada krisis gadaijanji subprima AS.Dr Yeah berkata pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada separuh kedua tahun ini akan mengurangkan tekanan inflasi bagi permintaan di Malaysia.
Tekanan iflasi, menurut Dr Yeah juga akan susut tahun depan serta harga minyak dunia dan komoditi lain berubah setelah sampai ke tahap tinggi dengan kelembapan ekonomi dunia.Bagaimanapun, dari segi jangkaan pertumbuhan pelaburan bagi Malaysia, Dr Yeah berkata, pelaburan diunjur perlahan pada separuh kedua tahun ini dengan itu menurunkan permintaan kredit dan tekanan harga.
Dalam persekitaran kadar faedah yang meningkat, Dr Yeah berkata ia mungkin berpihak kepada penerbit untuk pasaran bon utama, mereka juga perlu bersedia untuk membayar kos yang lebih tinggi.-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup