corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, August 9, 2008

Penganalisis jangka petrol jatuh 15 sen



Unjuran berdasarkan harga minyak kekal di bawah AS$120



HARGA runcit petrol berpotensi diturunkan antara 10 dan 15 sen seliter bulan depan, sekiranya harga minyak mentah global kekal di bawah paras AS$120 setong sepanjang bulan ini, kata penganalisis. Ketua Ahli Ekonomi Aseambankers Malaysia Bhd, Suhaimi Alias, berkata berdasarkan harga minyak mentah semalam iaitu AS$119.17 setong, harga sebenar runcit petrol adalah RM2.86 seliter. "Justeru, jika harga purata minyak kekal berada di paras berkenaan sepanjang bulan ini, harga yang akan dibayar pengguna (apabila kerajaan mula melaksanakan pelarasan harga runcit petrol berdasarkan harga purata pasaran bagi bulan sebelumnya) ialah sekitar RM2.56, iaitu selepas ditolak subsidi kerajaan 30 sen.


"Harga itu mungkin akan lebih rendah lagi, jika arah aliran harga minyak mentah dunia terus menurun. Faktor lain yang perlu dilihat juga adalah kadar tukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana syarikat minyak negara ini membayar dalam dolar AS bagi mendapatkan bekalan mereka," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Kerajaan baru-baru ini mengumumkan, mulai 1 September ini harga runcit petrol akan diselaras berdasarkan harga purata pasaran bulanan minyak, manakala subsidi diberikan kekal pada kadar 30 sen seliter. Sementara itu, CIMB Investment Bank dalam laporan penyelidikannya berkata, harga petrol berpotensi diturunkan sehingga sehingga tujuh peratus atau 18 sen kepada RM2.52 sen seliter berbanding harga semasa RM2.70 seliter.


"Awal bulan ini, kami menganggarkan harga pasaran sebenar bagi petrol RON 97 adalah RM2.82 seliter... bermakna subsidi kerajaan susut daripada anggaran 33 sen seliter pada 5 Jun kepada 12 sen seliter pada 1 Ogos lalu," katanya. Harga minyak mentah global petang semalam, susut kepada AS$119.17 setong, paras terendah sejak Mei, setelah merekodkan paras tertinggi AS$145.29 setong pada 3 Julai lalu. Pada masa sama, harga 'Gasoline 97 Oktane' di pasaran Singapura yang menjadi sumber bekalan petrol RON 97 negara, semalam susut kepada RM123.20 setong, paras terendah dalam tempoh tiga bulan, setelah merekodkan paras tertinggi AS$156.95 setong, 4 Julai lalu. Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd, Alsetdek Al Haj Ali, berkata tanpa berlaku perkara di luar jangkaan, harga minyak mentah global dijangka kekal dalam aliran menurun dalam tempoh beberapa minggu akan datang.


Katanya, jika tidak berlaku perkara luar kawalan seperti gangguan cuaca buruk dan tekanan geopolitik baru di negara pengeluar minyak, harganya dijangka mampu susut ke paras AS$110 setong dalam masa terdekat ini. Beliau berkata, perhatian utama pelabur global kini tertumpu kepada laporan mingguan jumlah simpanan minyak oleh Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA). "Jika jabatan itu terus melaporkan jumlah simpanannya meningkat, maka harga minyak mentah dijangka terus susut," katanya.


No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup