corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, August 9, 2008

Pasaran Modal Malaysia Lebih Berdaya Tahan Hadapi Kejutan Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia lebih berdaya tahan sekarang untuk menampung kejutan ekonomi global berbanding semasa krisis ekonomi 1997, malah jika kemungkinan berlaku pengurangan aktiviti pasaran akibat kesan krisis subprima Amerika Syarikat.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Abdul Wahab Jaafar Sidek berkata mungkin juga berlaku aliran menurun dalam pembayaran dividen berbanding tahun sebelumnya memandangkan persekitaran global menjadi lembap.


"Amerika Syarikat ialah pasaran modal terbesar dan kami melihat implikasi subprima di kalangan pelabur Asia berdasarkan kurangnya permintaan untuk produk. Pendapatan juga terjejas," katanya selepas pelancaran Laporan Analisis Pegangan Saham MSWG 1997-2006 dan laporan Kaji Selidik Dividen 2007.


Beliau berkata perkembangan politik turut menjejaskan sentimen pelabur.Pelabur, katanya menunggu pemilihan Perhimpunan Agung UMNO Disember ini bagi mendapatkan petunjuk mengenai keadaan politik negara.


Trend di kalangan pelabur asing menunjukkan sedikit tanda positif seperti yang ditunjukkan oleh hasil kajian utama MSWG dalam Laporan Analisis Pegangan Saham itu.Menurut laporan itu, pada 2006 wujud minat yang meningkat di kalangan pelabur asing, dengan bahagian modal berbayar yang dipegang oleh mereka berjumlah 17 peratus.


Pelabur asing bukan sahaja terus berada di Malaysia malah menambah kepentingan pelaburan mereka dalam syarikat korporat tempatan.Laporan itu juga menunjukan bahawa walaupun peratusan modal berbayar kepada jumlah modal berbayar oleh pemegang asing dalam syarikat yang disenarai di papan utama tidak berubah, petunjuk yang serupa bagi syarikat papan kedua bagaimanapun menunjukkan penurunan kukuh.


Laporan Analisis Pegangan Saham itu ialah hasil kaji selidik bersama oleh MSWG dan University of Nottingham, kampus Malaysia.Laporan itu juga ialah penerbitan sulung MSWG yang menganalisis struktur pegangan saham penerbit tersenarai di Bursa Malaysia dari tempoh krisis kewangan pada 1997 hingga tempoh pascakrisis.


Mengenai Laporan Kaji Selidik Dividen, ia dikendalikan oleh MSWG dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara.Laporan itu menunjukkan bahawa penzahiran dasar dividen oleh syarikat senaraian awam masih kurang dan patut dipertingkatkan lagi.Ia juga meneliti amalan dividen 500 syarikat senarian awam teratas di papan utama Bursa Malaysia berasaskan kepada permodalan pasaran setakat 31 Dis, 2006.-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup