corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, August 25, 2008

Namida Holding tawar khidmat baik pulih, bekal komponen bagi pesawat pejuang dan pengangkut TUDM


SELEPAS tamat persekolahan, beliau merantau ke Klang, Selangor dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perkhidmatan logistik, Intergrated Logistic Bhd. Pada masa sama, beliau belajar secara sambilan untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebelum mengikuti pengajian luar kampus serta menduduki peperiksaan International Association Transport (IATA) untuk memperoleh diploma dalam bidang pengangkutan.

Berbekalkan ilmu dalam bidang pengangkutan dan 10 tahun pengalaman kerja dengan beberapa syarikat perkhidmatan logistik, akhirnya Datuk Nordin Ahmad memberanikan diri membuka perkhidmatan logistik sendiri dengan menubuhkan Hexmann Logistics (M) Sdn Bhd pada 1992. Dua tahun selepas penubuhannya, Hexmann Logistics terpilih oleh organisasi FRET International untuk membuat kajian mengenai kesan peperangan Teluk ke atas perkhidmatan bidang pengangkutan di Jordan dan pada tahun sama Hexmann Aerospace Sdn Bhd ditubuhkan.

"Penubuhan Hexmann Aerospace menandakan bermulanya pembabitan saya dalam industri penerbangan sebelum menubuhkan Vas Aero Sdn Bhd untuk mengkhusus dalam perniagaan di bidang berkenaan," kata Nordin dalam satu temubual di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini. Nordin, 45, memiliki empat syarikat yang diletakkan di bawah syarikat induk - Namida Holdings Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada 1992 adalah hasil gabungan nama beliau dan isterinya Mida. Syarikat itu bertanggungjawab memantau keempat-empat anak syarikatnya bagi memastikan setiap urusan berjalan lancar dan tidak bercampur aduk.

Empat anak syarikat Namida Holdings ialah Hexmann Logistics yang terbabit dengan perniagaan logistik, Vas Aero dan PT Namida Utama (Indonesia) dalam industri penerbangan serta Solid Potential Sdn Bhd (perdagangan am). Nordin menjelaskan, penubuhan Namida Holdings) juga bertujuan mengekalkan kakitangan kerana mereka adalah aset penting syarikat. "Kami ingin memastikan setiap kakitangan kekal bersama dalam jangka masa lama, malah melatih mereka supaya memahami sistem kerja kita," kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Anak kelahiran Kuala Sungai Baru, Melaka itu menjelaskan, industri penerbangan khususnya perkhidmatan baik pulih dan penyelenggaraan (MRO) pesawat kini adalah fokus utama perniagaannya. Katanya, Vas Aero akan menjadi landasan untuk syarikat itu mengembangkan sayap perniagaan di dalam dan luar negara. Beliau berkata, Vas Aero, yang ditubuhkan pada 2001 sebelum itu dikenali sebagai Valencia Aviation Services, adalah antara pembekal peralatan dan komponen bagi pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta penyedia perkhidmatan MRO pesawat tentera jenis CN235.

"Pada 2005, Vas Aero mengorak langkah ke bidang MRO khusus bagi pesawat CN235 yang dilakukan menerusi anak syarikat kami, PT Namida Utama di Bandung, Indonesia," katanya. Nordin berkata, penubuhan PT Namida bertujuan memudahkan pelaksanaan kerja kontrak MRO untuk pesawat CN235 kerana pesawat itu dikeluarkan di Indonesia, selain untuk memasuki pasaran negara berkenaan terutama dalam perkhidmatan penerbangan dan keselamatan.

Katanya, syarikat itu kini sedang membuat persiapan untuk memindahkan pusat operasi MRO berkenaan ke negara ini yang akan dijadikan hab bagi pengembangan operasi dan penerokaan ke pasaran baru di bawah kendalian Vas Aero. Nordin menambah, operasi MRO syarikat itu sudah memasuki pasaran Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta Brunei dan kini pihaknya sedang berusaha meneroka pasaran baru seperti Pakistan, Thailand, Filipina dan Korea yang mana negara terbabit adalah pengguna pesawat buatan Indonesia itu. "Pendapatan operasi MRO di Indonesia kini kira-kira RM15 juta setahun dan dengan pemindahan operasinya ke negara ini serta penerokaan pasaran baru ia dijangka melebihi RM20 juta setahun," katanya.


Bagi merealisasikan rancangan menjadikan Malaysia hab operasi MROnya, Vas Aero menyediakan kemudahan bengkel seluas 2,000 kaki persegi di Shah Alam, yang akan memudahkan syarikat itu melaksanakan kontrak MRO untuk pesawat CN235 TUDM yang sebelum ini dilaksanakan di Bandung. Nordin berkata, Vas Aero juga berkemampuan melaksanakan operasi MRO bagi pesawat komersial dan sedang meninjau peluang untuk kontrak terbabit.

Vas Aero juga aktif meneroka peluang perniagaan baru yang mana tahun lalu syarikat itu menjalin kerjasama dengan pakar pembuat dan pemasangan kamera bagi penggunaan pesawat serta kapal dari Jerman, Bavaria Keytronic Technology GMBH untuk menjadi pengedarnya.

"Bagi produk kamera, Vas Aero akan menumpukan pasaran tempatan dan Asean seperti Indonesia dan Thailand yang mana menerusi produk itu, kami mensasarkan jualan sebanyak RM10 juta setahun," katanya.

PROFIL: Datuk Nordin Ahmad

Tarikh lahir: 3 April 1963
Tempat lahir: Kampung Air Molek, Kuala Sungai Baru, Melaka
Isteri: Midah Johan
Anak: 4 orang (3 lelaki dan seorang perempuan)

INFO

Namida Holdings Sdn Bhd - Sebuah syarikat pelaburan

Vas Aero Malaysia Sdn Bhd - Membekal peralatan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan negara luar seperti Turki, Indonesia, Thailand) - Membekal peralatan keretapi - Membaik pulih peralatan elektronik - Membekalkan peralatan perisikan - Perkhidmatan MRO bagi peralatan pesawat

Hexmann Logistics (M) Sdn Bhd - Menyediakan perkhidmatan penghantaran dan perkapalan bagi agensi kerajaan

PT Namida Utama Indonesia - Membekal peralatan pesawat - Jururunding bagi sesuatu projek

Solid Potential (M) Sdn Bhd - Penyelidikan dan pembangunan teknologi

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup