corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, August 9, 2008

Malaysia Perlu Urus Dan Sesuaikan Dengan Ekonomi Berkos Tinggi, Kata Mahathir




KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamed, arkitek Wawasan 2020 berkata Malaysia boleh mencapai sasaran itu dengan mengurus dan menyesuaikan diri dengan ekonomi berkos tinggi."Trend dunia hari ini ke arah segala kos yang lebih tinggi. Kos kita juga perlu meningkat."Tetapi memandangkan kos tinggi seiring dengan kemakmuran, kenapa tidak menaikkannya lebih tinggi dengan mewujudkan dan menguruskan ekonomi berkos tinggi.


Dengan cara itu kita akan mencapai sasaran 2020," kata bekas Perdana Menteri itu.Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang bertajuk "Menghampiri 2020 - Trend Utama yang memberi kesan kepada perniagaan Malaysia" pada syarahan majlis makan malam CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2008 di sini, malam ini.Walaupun tiada perbincangan mengenai usaha menaikkan dan menguruskan kos, beliau berkata secara tidak sedar, ini merupakan apa yang kerajaan lakukan selama ini."Dan kita telah berjaya. Jika tidak, dengan kos kita yang tinggi, kita akan lebih miskin berbanding pesaing kos rendah kita. Tetapi kita tahu bahawa kita lebih makmur daripada mereka," katanya.Tun Dr Mahathir berkata kos Malaysia telah lebih tinggi berbanding 30 tahun lepas, dan lebih tinggi daripada negara Asean yang lain kecuali Singapura.


Bagaimanapun, beliau berkata negara masih kekal menarik dengan kestabilan politik dan kerajaan yang konsisten dikatakan sebagai satu daripada aset terhebat Malaysia.Beliau berkata terdapat perkara lain yang turut menjadikan Malaysia menarik dan jika negara memperbaiki aset ini, kenaikan dalam kos (bukan hanya buruh tetapi juga pengangkutan dan bahan) tidak akan menjadikan Malaysia kurang menarik atau produk kurang kompetitif."Kita juga perlu ingat bahawa tekanan kenaikan harga akan dirasai oleh negara jiran yang bersaing juga. Mereka juga perlu menaikkan kos pengeluaran mereka."Jadi kos kita tidak akan, secara perbandingan, terlalu tinggi sehingga menjadikan kita tidak kompetitif," katanya.


Tun Dr Mahathir juga menegaskan bahawa Malaysia seharusnya menaikkan upah secara sistematik, yang akan menyebabkan kuasa membeli lebih tinggi yang akan memajukan perniagaan dan sebaliknya memberi lebih pendapatan kepada kerajaan."Saya tidak selalu mengagumi Singapura atau apa yang dilakukan negara itu. Tetapi apabila Singapura merdeka, ia melaksanakan program menaikkan upah setiap tahun secara kukuh."Jika kita mengurus kenaikan upah dengan cermat, kenaikan upah di luar kawalan tidak akan menjejaskan. Selepas satu masa, ia akan reda dan kita akan menyesuaikannya dengan persekitaran kos tinggi di samping standard kehidupan kita juga bertambah baik. Malah rakyat miskin akan kurang miskin," kata Tun Dr Mahathir.Bekas perdana menteri itu menjelaskan bahawa Malaysia tidak lagi boleh menawarkan dirinya sebagai negara dengan buruh murah.


Beliau berkata jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 35 juta menjelang 2020, satu pasaran pengguna yang besar yang akan menjadikan pembuatan dalam negara lebih berdaya maju."Dalam hal ini, dijangkakan kenaikan dan kurang halangan import. Kita perlu menjadi lebih kompetitif dan memajukan kemahiran dalam produk terknologi tinggi dan kita perlu membayar upah yang lebih tinggi."Masa kos buruh yang rendah akan berakhir sebelum 2020," katanya.Beliau berkata pekerja tempatan perlu berkelayakan tinggi dan dilatih dalam kemahiran tinggi. Latihan pekerja perlu dilakukan di pusat latihan khusus dengan program komputer perlu dilaksanakan."Ini bermakna pendidikan khusus dan latihan akan menjadi perniagaan yang besar. Pusat-pusat latihan juga akan bagi memenuhi keperluan pelajar luar sekiranya kita menggunakan bahasa Ingeris sebagai bahasa perantara pengajian," katanya.Tetapi kemungkinannya, pekerja tempatan dengan latihan tinggi akan masih berada pada kos yang rendah berbanding pekerja dilatih di negara maju, yang mungkin bermakna peralihan beberapa industri teknologi tinggi pertengahan ke Malaysia.


Beliau berkata walaupun kelebihan negara sekarang ini masih kepada kemampuan menerima arahan dalam bahasa Inggeris, terdapat kebolehan berbahasa Inggeris di China, Vietnam dan negara pesaing lain."Saya harap pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diteruskan."Tetapi saya tidak pasti. Jika keputusan diambil untuk tidak berbuat demikian, maka industri teknologi tinggi akan memintas kita," kata beliau.-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup