corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, August 11, 2008

Kontrak Pembangunan Dikaji Semula Bantu Kontraktor Atasi Beban Kenaikan Harga


KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju mengkaji semula kontrak-kontrak pembangunan yang telah ditandatangani sebagai satu inisiatif untuk membantu kontraktor yang menghadapi beban kenaikan harga bahan binaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


"Kerajaan telah menetapkan bahawa kontrak-kontrak tertentu yang telah ditandatangani dengan syarikat pembinaan akan diberi variasi harga berdasarkan kepada kenaikan harga bahan binaan terutama sekali harga besi keluli dan simen."Surat Pekeliling akan diedarkan oleh Kementerian Kewangan berhubung kontrak-kontrak tersebut," katanya. Langkah kerajaan itu, kata Najib bertujuan membantu para kontraktor di negara ini mengkaji semula kontrak yang ditandangani memandangkan sebelum ini harga kontrak yang ditandatangani tidak boleh dikaji semula."Itulah (bentuk) bantuan kita.


Kita kaji semula harga kontrak. Selalunya, kalau harga kontrak telah ditandatangani kita tak boleh kaji semula. Tapi oleh kerana keadaan luar biasa, kerajaan telah bersetuju. Butiran akan dimaklum dalam Surat Pekeliling," katanya.Ditanya sama ada langkah mengkaji semula kontrak akan menjamin tiada lagi projek terbengkalai, Najib berkata: "Kita tidak boleh beri jaminan. Yang mana kita boleh kaji semula harga tu, kita kaji semula. Tidak wajar kerajaan beri jaminan."Terdahulu, Najib semasa berucap mahu kontraktor Bumiputera mengubah pemikiran mereka supaya lebih strategik jika mahu maju dalam bidang yang mereka ceburi termasuk bidang hartanah, bagi menjana kekayaan dalam jangka masa panjang.


"Apa yang perlu sekarang ialah anjakan paradigma daripada segi pemikiran. Tidak lagi berfikir secara tradisional tetapi berfikir lebih strategik sesuai dengan perubahan semasa."Kalau kita dapat berfikir secara strategik, kekayaan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang hartanah boleh dilonjakkan. Kalau kita nak tentukan modal dapat digunakan dengan sebaik mungkin, ia mesti berlandaskan kepada ilmu dan pengetahuan. Tanpanya, kita tidak mungkin dapat menjana kekayaan pada tahap yang maksimum," kata Timbalan Perdana Menteri.


Najib berkata sektor hartanah merupakan satu bidang strategik dan berpotensi untuk dimajukan dan kaum Bumiputera wajar lebih proaktif dalam mengambil peluang yang terbuka luas."Kalau disebut bagaimana kita nak menjana kekayaan, sama ada atas nama individu atau atas nama sesuatu kaum, maka aset tanah adalah aset yang penting.


Malah kalau lihat daripada segi faktor yang boleh menyumbang kepada kekayaan, secara tradisi ia meliputi tanah, tenaga dan modal," katanya.Najib berkata pada masa kini pemilikan premis dan tanah orang Melayu dan Bumiputera masih jauh lebih kecil iaitu kira-kira 15 peratus berbanding pemilikan premis dan tanah kaum lain di negara ini."Itu kita lihat daripada segi peratusannya. Kalau kita lihat daripada segi nilainya, mungkin jauh lebih rendah," katanya.Sehubungan dengan itu, beliau berharap konvensyen yang diadakan hari ini mampu menyampaikan kepada kerajaan pelan tindakan strategik dalam usaha membantu meningkatkan pemilikan hartanah kaum Bumiputera.-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup