corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, August 15, 2008

HDC, institusi kewangan Islam antarabangsa sedia inisiatif bantu pengusaha

PERBADANAN Pembangunan Industri Halal Sdn Bhd (HDC), akan melancarkan Dana Inventori Halal yang akan disalurkan sebagai pembiayaan kepada syarikat yang terbabit dalam pengeluaran produk halal.


Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata dana berkenaan akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum akhir tahun ini. Beliau tidak memberitahu butiran terperinci mengenai dana itu, tetapi katanya, ia akan disediakan dengan kerjasama sebuah institusi kewangan Islam antarabangsa.

"Pelancaran dana itu adalah antara inisiatif kami untuk membantu pengeluar produk halal di negara ini, pada masa sama membangunkan rantaian pembekalan produk halal yang lengkap, termasuk dari segi pembiayaan," katanya pada sidang media selepas majlis penghargaan kepada penaja Forum Halal Sedunia 2008 (WHF) di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi WHF, Nordin Abdullah. Jamil berkata, dana itu dilancarkan berikutan permintaan daripada syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan halal yang mahukan sebuah dana khusus bagi pembangunan industri halal. "Kami sudah pun mengenal pasti struktur bagi Dana Inventori Halal ini, dan setakat ini sudah menerima permohonan daripada beberapa syarikat," katanya.

Sementara itu, Jamil berkata, HDC setakat ini sudah meluluskan 378 daripada 500 permohonan bagi mendapatkan pensijilan halal sejak mengambil alih peranan sebagai pengeluar pensijilan itu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), April lalu.


Katanya, baki permohonan akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini yang mana proses kelulusan adalah dalam tempoh sebulan berbanding antara enam hingga lapan bulan sebelum ini. "Kami juga telah mengedarkan sampel logo halal kepada lebih 4,200 syarikat yang berdaftar di bawah Jakim bagi memohon logo halal yang baru," katanya. Mengenai WHF 2009 yang akan diadakan pada 18 dan 19 Mei tahun depan, Jamil berkata, ia akan disertai lebih 2,500 delegasi dari seluruh dunia.

Katanya, forum bertemakan 'Achieving Global Halal Integrity' itu akan diadakan dalam dua sesi iaitu berkaitan pelaburan perniagaan dan pembentangan kertas mengenai isu perdagangan dan akses pemasaran halal dunia.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup