corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, August 15, 2008


CIMB Bank Bhd memperkenalkan konsep kafe dalam bank (makan & perbankan) pertama di Malaysia menerusi perkongsian dengan pengendali kafe terkemuka tempatan, OldToawn White Coffee. Ketua Jualan Pengguna dan Pengedaran CIMB Bank, Sulaiman Mohd Tahir, berkata konsep kombinasi bank dan kafe secara bersepadu itu dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan baru. Katanya, ia juga menyediakan keselesaan kepada pelanggan sedia ada untuk melakukan urusan perbankan dalam kesibukan tugas harian lain.


"Konsep kafe dalam bank kami berlainan berbanding konsep sedia ada di Malaysia sebelum ini, yang mana kami menjalankannya secara perkongsian dari segi pelaburan dengan pengendali kafe berbanding konsep menyewa kepada rakan niaga. "Penentuan lokasi pembangunan cawangan berkonsepkan "makan dan perbankan" itu dibuat secara berpilih. Fokus utama adalah di kawasan tumpuan ramai dan sentiasa sibuk seperti kawasan komersial dan pejabat, khususnya yang memiliki ramai pelanggan CIMB dan OldTown," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran kafe perbankan pertamanya di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur, semalam.

Perasmian disempurnakan pemain squash nombor satu dunia, Datuk Nicol David dan Ketua Eksekutif CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak, isteri, Datin Seri Azlina Aziz. Hadir sama Nazir dan Pengarah Urusan OldTown, Lee Siew Heng. Sulaiman berkata, CIMB Bank merancang melabur sehingga RM5 juta untuk membuka 10 cawangan lagi berkonsep sama di beberapa lokasi utama, khususnya di Lembah Klang, Melaka dan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun akan datang. "Buat masa ini, kami sudah mengenal pasti empat lokasi. Di Lembah Klang, kami bercadang membukanya di bangunan ibu pejabat baru CIMB Bank berhampiran pusat beli belah Sogo dan di Bandar Utama, manakala satu di Pulau Pinang dan juga Melaka.

"Bagi CIMB, kos pembukaan sesebuah cawangan adalah antara RM300,000 hingga RM500,000 dan pihak OldTown mempunyai peruntukan pelaburannya sendiri," katanya. Sulaiman yakin konsep yang diperkenalkan itu akan mendapat sambutan kerana selain memberi keselesaan kepada pelanggan, CIMB Bank dan OldTown juga akan melaksanakan promosi secara bersama untuk menarik pelanggan. Katanya, kedua-dua pihak akan menawarkan promosi potongan harga makanan dan minuman istimewa menerusi pembayaran kad kredit. "Selain samping menjalankan urusan perbankan, pelanggan juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada perunding kewangan kami yang berada di situ," katanya. Beliau berkata, daya maju konsep itu jelas digambarkan apabila cawangan perbankan kafe di Menara Hap Seng itu menerima kunjungan lebih 300 pelanggan sejak dibuka pada 3 April lalu.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup