corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Friday, August 15, 2008

Bisnes Dunia: Ekonomi Jepun kuncup 0.6 peratus



Kelembapan pasaran global
punca eksport jatuh
EKONOMI Jepun menguncup 0.6 peratus dalam tempoh suku kedua berbanding suku pertama di tengah kebimbangan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara kuasa ekonomi terbesar Asia itu. Berbanding suku yang sama tahun lalu pula, ekonomi negara it menguncup 2.4 peratus, demikian mengikut perangkaan rasmi Pejabat Kabinet Jepun semalam.

Ia adalah penguncupan ekonomi yang pertama dialami ekonomi kedua terbesar dunia itu dalam tempoh setahun. Kadar pertumbuhan ekonomi dalam separuh pertama tahun ini negara itu juga telah disemak semula kepada paras lebih rendah iaitu 0.8 peratus daripada satu peratus yang diumumkan sebelum ini. Penguncupan ekonomi Jepun pada suku kedua itu dikatakan berpunca daripada kelembapan ekonomi global yang menyebabkan kejatuhan eksportnya sebanyak 2.3 peratus.

Perbelanjaan isi rumah pula jatuh 0.5 peratus berikutan harga komoditi dan makanan yang melambung dan diburukkan lagi dengan gaji yang rendah, menyebabkan pengguna mengehadkan perbelanjaan. Pelaburan perniagaan yang menjadi pemacu utama pemulihan semula ekonomi Jepun daripada kemelesetan pada 1990-an turut jatuh, iaitu sebanyak 0.2 peratus.

Ekonomi Jepun mengalami pemulihan secara beransur daripada kemerosotan selama lebih daripada sedekad beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi kini timbul kebimbangan kerana pemulihan yang dipacu oleh sektor eksport sudah terbantut. Minggu lalu, kerajaan Jepun berkata, zaman ekonominya berkembang bagi tempoh paling lama selepas perang kelihatan sudah berakhir.

Berdasarkan keadaan ekonomi yang lemah, penganalisis tidak menjangkakan bank pusat Jepun, Bank of Japan akan menaikkan kadar faedahnya yang sangat rendah iaitu pada 0.5 peratus dalam masa terdekat, di sebalik keadaan inflasi paling tinggi dialaminya dalam tempoh sedekad.
-AFP

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup