corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Tuesday, August 12, 2008

Berfikiran Positif Asas Kejayaan

Keupayaan untuk sentiasa berfikiran positif bukanlah suatu yang mudah dilakukan, tetapi jika ia dapat dilakukan akan banyak membantu terutama bagi mereka yang dilanda masalah dan cabaran hidup.Itu adalah kata-kata kunci Dr 'Azman' Ching Eu Boon, yang kini bergelar jutawan dan pakar motivasi.


Menurut Dr Ching, berfikiran positif amat penting kerana sifat itu adalah asas untuk seseorang itu berjaya dalam bidang yang diceburi.Beliau sedar, misalnya, kegawatan ekonomi negara sekarang telah memberi impak yang besar kepada ekonomi rakyat khasnya golongan yang berpendapatan rendah.Bagaimanapun, ia bukan satu alasan untuk orang ramai terus dibelenggu dengan keluhan kekurangan wang dan kos hidup yang semakin meningkat.


Dr Ching berkata, setiap kesempitan yang dihadapi perlu dilihat sebagai satu rahmat yang menguji daya kreatif seseorang itu dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi."Semua ini akhirnya tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada kita. Kita perlu bijak mencari jalan keluar", katanya kepada Bernama di sini.


Beliau percaya dalam setiap permasalahan dan kesempitan yang dihadapi oleh seseorang individu, akan adanya kesempatan yang boleh diterokai."Apa yang penting ialah kita perlu sentiasa berfikiran positif dalam segala keadaan, sanggup membuka minda dan melihat di mana peluang-peluang ini boleh direbut," katanya.



RAHSIA KEJAYAAN


Bagi Dr Ching, 41, seorang usahawan yang kini bergelar jutawan, tidak terdapat sebarang formula rahsia untuk berjaya.Katanya, selain berfikiran positif, seseorang itu perlu memahami dan menerokai kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri."Tetapi kita perlu tahu bagaimana kita boleh menggunakan kelebihan yang ada dan peluang yang tersedia untuk mencapai kejayaan."Adanya kelebihan diri dan adanya peluang, kalau kita sanggup berusaha sedikit, kita akan mendapat lebih banyak peluang untuk terus berjaya," katanya.


Beliau turut menekankan kepentingan "networking" dan golongan belia perlu mengambil usaha untuk memperluaskan networking mereka."Kita perlu bersikap keterbukaan dan menerima setiap persahabatan dengan positif. Ini kerana kita tidak akan tahu bilakah kita mungkin memerlukan bantuan seseorang itu pada masa akan datang.


"Dan melalui networking, kita mampu menerokai lebih banyak peluang untuk memajukan diri sendiri," katanya.Dr Ching turut menasihatkan para belia supaya mengambil kesempatan ke atas perkhidmatan pinjaman kewangan dan latihan yang disediakan oleh kerajaan untuk menceburi bidang keusahawanan.


Beliau juga pernah bekerja sebagai setiausaha penganjuran pesta sebelum menceburi diri dalam bidang jualan langsung pada awal tahun 1990-an sehingga berjaya mengumpul sejuta ringgit pertamanya pada usia hanya 25 tahun.Sepanjang hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini, beliau telah membantu melahirkan 50 jutawan.


Beliau kemudian mempelbagaikan bakatnya dalam penulisan sebagai cubaan untuk berkongsi pengalaman dan tip kejayaan dengan audien yang lebih luas.Buku motivasi dirinya yang pertama berbahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1994.Kini beliau telah menerbitkan 10 buah buku dengan lebih 100,000 naskah dijual di rantau ini.Beliau kini bekerjasama dengan pihak Universiti Beijing, China untuk menterjemahkan karya beliau ke dalam Bahasa Mandarin.



MENGHARUNGI DUGAAN HIDUP


Dr Ching dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di Pelabuhan Klang dan anak keempat daripada lapan adik beradik.Beliau masih ingat bagaimana semasa kecil dia terpaksa tidur beralaskan kotak kertas di kedai runcit tempat ibunya bekerja.Katanya, kesempitan hidup yang dihadapi juga telah memaksa kakak dan abangnya untuk berhenti sekolah bagi membantu mencari nafkah hidup keluarga.


"Pada saat itu, walaupun masih kecil, saya sedar saya amat bertuah kerana masih berpeluang bersekolah."Keadaan tersebut menjadikan saya nekad untuk berusaha memajukan diri untuk keluar daripada kesempitan hidup tersebut.


Tetapi syukurlah adik-beradik saya juga sekarang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing," katanya.Dr Ching berkelulusan falsafah kedoktoran dalam pengajian Melayu, fasih dalam lapan bahasa selain mahir bertulisan dan berkaligrafi dalam Bahasa Jawi dan Bahasa Mandarin.


Sumbangannya dalam bidang pembangunan diri untuk golongan belia mula diiktiraf apabila menjadi seorang daripada 10 penerima anugerah "The Young Outstanding Malaysian" (TOYM) 2007.Anugerah tahunan berprestij tersebut diberikan kepada belia terbilang yang bukan sahaja telah mencipta nama untuk diri mereka malahan berbakti dalam menyumbang kepada pembangunan fellow belia yang lain dalam pelbagai bidang misalnya pendidikan, ekonomi, sains, kesenian dan kebudayaan.



NAMA MELAYU


Mengenai bagaimana beliau mendapat gelaran nama "Azman", Dr Ching berkata nama itu diberikan kepadanya oleh sekumpulan pakcik Melayu yang beliau sering bergaul bersama."Pak cik-pak cik tersebut cakap susah nak panggil nama Cina saya, Eu Boon. Jadi seorang pakcik tu pun cakap, saya panggil kamu Azman sahaja."Sejak itu, saya mula dikenali sebagai Azman," katanya.Katanya, walaupun nama tersebut sering kali menimbulkan tanda tanya khasnya kepada orang yang baru dikenali, ia bukan satu masalah."Saya melihat nama tersebut satu keunikan yang telah memberi saya kelebihan. Saya suka katakan yang saya "A to Z Man" (lelaki serba boleh)," kata Dr Ching.-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup