corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Monday, August 18, 2008

Asia Akan Terus Hadapi Tekanan Inflasi


KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Rantau Asia akan terus menghadapi tekanan inflasi berpunca daripada harga komoditi dan tenaga yang tinggi, kata gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.
"Rantau (Asia) akan terus berdepan dengan tekanan inflasi yang berlaku hasil daripada harga komoditi dan tenaga yang tinggi," kata Zeti.
Bagaimanapun, ini dijangka berkurangan dengan pelarasan ketara yang berlaku baru-baru ini berikutan pertumbuhan global yang semakin perlahan, katanya.
"Walaupun pertumbuhan dijangka sederhana, kebanyakan ekonomi akan terus menyaksikan prestasi pertumbuhan yang agak baik," kata Zeti dalam ucaptamanya pada Dialog Swasta-Awam Keempat SEACEN/ABAC/ABA/PECC untuk Rantau Asia Pasifik di sini.
Menurut beliau, rantau Asia dijangka dapat melalui tempoh cabaran ini dengan peningkatan perdagangan intra serantau dan pengembangan hubungan ekonominya dengan Eropah Timur dan Rusia, Timur Tengah dan Amerika Latin.
Pada masa yang sama, peningkatan perbelanjaan infrastruktur di beberapa ekonomi besar akan terus menyediakan sokongan kepada permintaan domestik, kata Zeti.
Tambahan pula, asas ekonomi Asia yang mengukuh, termasuk paras rizab yang tinggi, hutang luar yang rendah, sistem kewangan yang teguh dan kedudukan fiskal yang meningkat, akan menyediakan fleksibiliti untuk pengurusan risiko yang bertambah baik kepada ekonomi dan sistem kewangan, katanya.-- BERNAMA

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup