corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Wednesday, August 20, 2008

Al-Rajhi Bank permudah urusan


JIKA anda tiada kesempatan mengunjungi bank untuk memohon pinjaman peribadi, mungkin ada baiknya melayari laman web Al-Rajhi Bank bagi mendapatkan borang permohonan pinjaman menerusi laman web bank Islam itu. Tidak sekadar itu saja, bank berkenaan dalam usaha memudahkan lagi urusan pinjaman pelanggannya, turut menyediakan khidmat pinjaman sehingga ke pintu rumah. Apa yang perlu dilakukan hanya mengikuti tiga langkah mudah iaitu mendapatkan borang dari laman web, kemudian menghantar secara emel atau faksimili kepada bank berserta satu salinan kad pengenalan.

Sebaik permohonan diterima, pegawai bank akan mengunjungi rumah atau pejabat anda bagi melengkapkan dokumen akhir permohonan serta prosedur lain sebelum pinjaman dapat dikeluarkan keesokan harinya. “Ini bermakna pelanggan tidak perlu bersusah-payah mengunjungi cawangan kami bagi menghantar borang permohonan. Kami sebaliknya, secara peribadi akan mengunjungi pelanggan menerusi perkhidmatan pintu ke pintu yang lebih cepat dan mudah,” kata Ketua Perbankan Runcit Al-Rajhi Bank, Sabry Ghouse. Katanya, prosedur permohonan pinjaman yang mudah itu juga mampu mengurangkan perbelanjaan perjalanan pelanggan dan menjimatkan penggunaan minyak.

Beliau berkata, promosi itu memberikan kadar perkongsian keuntungan 7.99 peratus dan menjadi kadar paling menarik dalam industri. Tawaran itu bagaimanapun terhad bagi di Semenanjung, tidak termasuk Sabah dan sebahagian Sarawak. Perkhidmatan itu sejajar usaha Al-Rajhi Bank untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan menerusi penawaran produk inovatif yang dapat memenuhi keperluan pelanggan yang tidak dapat dipenuhi sebelum ini. “Ini adalah salah satu cara kami memberikan nilai kepada produk dan meletakkan satu penanda aras baru cara bagaimana kami melayan pelanggan,” katanya sambil menambah pelanggan boleh menjangkakan kemunculan produk kewangan yang lebih inovatif selepas ini.

Reputasi seperti itu, kata Sabry, akan memberikan kelebihan kepada Al-Rajhi Bank menjadi peneraju pasaran dalam mewujudkan produk perbankan Islam kreatif dalam industri perbankan di Malaysia. Bank itu juga yakin, tawaran terbaru itu akan diterima baik pelanggan sama seperti produknya sebelum ini termasuk “Perbankan Hujung Minggu”.

Perkhidmatan pintu ke pintu Al-Rajhi Bank bermula sejak 30 Jun 2008. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari lawan web bank itu di www.alrajhibank.com.my.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup