corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, July 26, 2008

Rowling, Diaz terkaya



LONDON: Penulis Britain, J K Rowling yang dikenali menerusi karyanya Harry Potter, muncul individu meraih pendapatan tertinggi dalam senarai majalah kewangan Forbes dengan memperoleh kira-kira £150 juta (RM1.05 bilion) sepanjang tahun lalu.


Ini meletakkan penulis wanita itu mengatasi nama besar billionair lain seperti pengacara popular program bual bicara Amerika Syarikat, Oprah Winfrey yang meraih pendapatan £137.5 juta (RM962.5 juta).

Buku Harry Potter dalam beberapa siri yang bertumpu pengalaman budak lelaki yang memiliki kuasa ajaib, dijual kira-kira 375 juta naskhah di seluruh dunia. Malah, menurut Forbes, buku terbaru Harry Potter And The Deathly Hallows, dijual 44 juta naskhah selepas berada di pasaran sejak Julai tahun lalu.
Bagi senarai pelakon Hollywood, aktor berbakat, Will Smith yang kini popular dengan filem Hancock, mendahului senarai dengan pendapatan sebanyak £40 juta (RM260 juta) tahun lalu.
Pelakon berusia 39 tahun itu mengatasi aktor yang tidak kurang hebatnya, Johnny Depp, di tempat kedua dengan pendapatan £36 juta (RM234 juta). Di kalangan pelakon wanita, Cameron Diaz, memperoleh £25 juta (RM162.5 juta) dan mengatasi aktres kelahiran Britain, Keira Knightley yang mendapat bayaran sebanyak £16 juta (RM104 juta). Knightley yang berusia 23 tahun, turut mengenepikan pelakon lebih ‘senior’ seperti Angelina Jolie, Jodie Foster dan Gwyneth Paltrow. Jolie yang menjadi aktres paling popular dan sering menjadi bualan, sebaliknya berada di tangga ke-10 senarai itu dengan pendapatan kira-kira £7 juta (RM49 juta).

Turut tersenarai di senarai teratas adalah barisan pelakon muda di Britain dan Hollywood iaitu pelakon watak Harry Potter di layar perak, Daniel Radcliffe yang cuma berusia 19 tahun, berkongsi tempat dengan pelakon siri Hannah Montana, Miley Cyrus, 15, dengan kedua-duanya masing-masing memperoleh pendapatan £12.5 juta (RM87.5 juta), tahun lalu. - Agensi

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup