corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, July 26, 2008

Penentu kadar faedah perlu kajian teliti: Zeti

Oleh Azli Ayob dan Magendran Rajagopal bhbiz@bharian.com.my

GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata apa juga keputusan yang akan dibuat oleh bank pusat itu berhubung kadar faedah adalah untuk kepentingan negara. Justeru, beliau menegaskan, Bank Negara akan menimbang dengan teliti tinjauan inflasi, sama ada wujud risiko bagi kenaikan seterusnya atau akan menyederhana. Katanya, bank pusat juga melihat risiko pengubahsuaian kadar faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Semua itu adalah pertimbangan yang akan diambil kira. Kami akan melihat apa yang dapat memberikan keputusan terbaik untuk negara,” katanya ketika ditanya sama ada bank pusat akan menaikkan kadar faedah susulan kenaikan tinggi inflasi pada Jun. Jawatankuasa Dasar Monetori Bank Negara akan mengadakan mesyuaratnya hari ini dan ramai ahli ekonomi serta penganalisis pasaran menjangkakan bank pusat akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 3.5 peratus sekarang berikutan perangkaan inflasi terbaru itu. Jabatan Perangkaan kelmarin mengumumkan Indeks Harga Pengguna (IHP), iaitu pengukur inflasi, meningkat 7.7 peratus pada Jun lalu berbanding bulan yang sama tahun lalu kesan daripada penstrukturan semula subsidi harga petrol dan diesel.

Zeti menjelaskan, bagi sesebuah negara yang ekonominya sedang mengalami pertumbuhan yang sangat pesat dan kadar inflasi yang tinggi, penyelesaiannya adalah lebih jelas dan mudah, iaitu menaikkan kadar faedah. Bagaimanapun katanya, penyelesaiannya adalah kurang jelas bagi negara yang penilaian kedudukan ekonominya adalah agak bercampur, tidak kira sama ada ia adalah negara maju atau sedang membangun. Mengenai tinjauan bagi inflasi, Zeti berkata, ia perlu dinilai secara berhati-hati. “Biasanya jangkaan inflasi menyebabkan kesan pusingan kedua. Inilah yang kami akan pantau dengan teliti, iaitu sejauh mana berlakunya pelarasan dalam harga,” katanya selepas pelancaran Laporan Tahunan PKS 2007 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur, semalam.

Zeti turut menegaskan bahawa Bank Pusat tidak akan menggunakan dasar pertukaran wang asing sebagai alat untuk membendung inflasi kerana ia sentiasa berubah-ubah.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup