corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

organisation chart

organisation chart

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, July 26, 2008

KEJAYAAN DAN HALANGAN DALAM PERNIAGAAN



KENAPAKAH BERNIAGA??


1. Ingin hidup mewah, ikut kawan, mewarisi keluarga, & dll

Walau apa pun alasan yang diberikan, proses untuk berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan adalah tetap sama. Oleh itu persiapan yang sebaik mungkin perlu dilakukan sebelum membuat keputusan untuk berniaga.Tanpa persiapan yang lengkap, kemungkinan untuk menemui kegagalan dan kekecewaan adalah terbuka luas.

Kenyataan ini bukan hanya ditujukan kepada para peniaga sahaja, malah di dalam semua aspek penghidupan, kekayaan tidak dating bergolek tetapi hendaklah melalui perancangan yang teratur, perlaksanaan usaha yang betul dengan penuh kesungguhan disertai dengan doa dan tawalkkal yang sempurna.

APAKAH MAKSUD "USAHAWAN"


Pelbagai pihak telah memberikan takrifan yang berbeza. Peter Drucker yang digelar " Bapa Pengurusan" barat di dalam bukunya Enterprenuership (1996) mendifinisikan usahawan sebagai seorang yang berupaya memindahkan sumber ekonomi dari sektor yang kurang upaya produktivitinya ke sector yang lebih tinggi daya produktivitinya. Dr Joel Barker pula di dalam bukunya Paradigm (1994) pula mendifinisikan usahawan sebagai orang yang mewujudkan nilai tambah ke dalam pasaran. ( Dipetik dari buku KEUSAHAWANAN & PERNIAGAAN karangan Dr Barjoyai Bardai, 2000) Dr Barjoyai Bardai di dalam bukunya, bahagian 1 telah menerangkan ciri-ciri yang terdapat di antara pengurus, peniaga dan usahawan.

Beliau telah menerangkan seerti berikut :

PENGURUS ialah orang yang menguruskan perniagaan bagi pihak pemilik perniagaan. Walaupun dia bertanggungjawab terhadap keseluruhan perniagaan namun begitu sebenarnya dia hanyalah pegawai yang bekerja dengan pemilik perniagaantersebut. Di sini yang paling penting ialah pengurus tidak perlu memberikan modal dalam perniagaan dan juga tidak menanggung risiko perniagaan.

PENIAGA ialah orang yang menjalankan perniagaan dan melakukan urusan jualbeli barang-barang dan perkhidmatan. Peniaga biasanya menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perniagaan yang khusus. Peniaga juga biasanya menghadkanperhatiannya kepada satu-satu jenis perniagaan sahaja. Contoh perniagaan seperti kedai runcit, gerai makan, kedai dobi dan sebagainya. Golongan profesional seperti doktor swasta juga boleh termasuk di dalam golongan ini.

USAHAWAN pula ialah orang yang lebih berpandangan luas dalam sesuatu perniagaan. Dia sentiasa meninjau dan mencari peluang-peluang perniagaan. Usahawan mempunyai keistimewaan yang membolehkannya mewujudkan peluangpelaburan dan mengenalpasti projek-projek yang dianggap menguntungkan.

KEJAYAAN DAN HALANGAN
Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, persiapan perlu disediakan. Antara persiapan-persiapan yang perlu disediakan sebelum seseorang usahawan menceburi bidang keusahawanan mengikut keutamaan ialah seperti berikut :-


1. PERWATAKAN DIRI (SIFAT-SIFAY KEUSAHAWANAN)

· Jujur, Amanah, Berdisiplin Dan Bertanggungjawab.
· Berani dan Tabah
· Rendah diri dan Tidak Sombong
· Sentiasa bersedia untuk belajar dan mendengar daripada orang lain
· Kemampuan berkomunikasi dengan baik.
· Sangka baik terhadap orang lain dan berfikiran positif.
· Berhati-hati
· Proaktif
· Berfikir sebelum bertindak
· Sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat (establish a win-win situasion)

2. PENGETAHUAN

· Pengetahuan tentang operasi perniagaan . Setiap usahawan hendaklah mengetahui secara mendalam aspek operasi perniagaan yang beliau ingin ceburi terlebih dahulu. Sekiranya beliau ingin menjalankan perniagaan jual beli perkakas aksesories kereta, beliau hendaklah mengetahui tentang aspek harga, jenis produk, pembekal dan pelanggan yang akan berurusan dengannya. Begitu juga beliau perlu tahu tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat di dalam bidang perniagaan tersebut. Beliau harus mampu untuk mengendalikan dan menjalankan dengan sendiri sebarang perniagaan yang beliau ceburi.


· Pengetahuan Mengenai Pengurusan

1. Mengendalikan pembantu serta pekerja dengan baik.
2. Mengendalikan urusan kewangan serta perakaunan dengan cekap.
3. Menyediakan sistem pengurusan yang mengikut undang-undang negara dengan sempurna.

· Pengetahuan Agama Mengenai Perniagaan

3. MODAL KEWANGAN

· Bank, MARA, MIDF, SMEDEC, CGC, Syarikat Kewangan, Simpanan Sendiri, Keluarga, Kawan-Kawan, Pelabur / Rakan Kongsi DLL...

4. FAKTOR-FAKTOR LUARAN PELUANG DAN HALANGAN

Globalisasi dan liberisasi di bawah AFTA & WTO.

AFTA :- Kita mempunyai peluang cerah kerana pasaran yang luas yang mana jumlah rakyat / pengguna seramai lebih kurang 510 juta.

Negara kita mempunyai infrastruktur yang baik seperti KLIA, Pelabuhan, CYBERjaya yang menempatkan pejabat antarabangsa yang menggunakan sistem IT yang canggih.

Lebuhraya yang baik, memudahkan pergerakan laluan darat.

Halangan. Persaingan yang hebat dalam pasaran kerana semua negara Asean berebut memasuki pasaran Asean dengan penawaran yang kompetatif. Kos buruh kita yang tinggi yang memungkinkan kita kalah dari harga.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup