corporate

corporate

mission & vision

mission & vision

business & services

business & services

aviation lubricant

aviation lubricant

bowling

bowling

contact us

contact us
Loading...

PREVIOUS BOWLING PROJECT

PREVIOUS BOWLING PROJECT

2

2

3

3

4

4

5

5

6

6

7

7

8

8

9

9

10

10

Saturday, July 26, 2008

Agrobank tawar biaya kursus peringkat sijil



Terbuka kepada pelajar bagi pelbagai bidang kemahiran




SELAIN memberi pembiayaan pendidikan untuk peringkat diploma hingga ijazah lanjutan, Pembiayaan Pelajaran Insani yang diperkenalkan oleh Agrobank adalah satu-satunya pembiayaan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil. PPI yang dilancarkan pada 15 Mei lalu terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama anak petani, nelayan dan penternak berusia antara 18 hingga 40 tahun meliputi kolej dan universiti di peringkat sijil, diploma, diploma lanjutan, ijazah serta ijazah lanjutan di dalam dan luar negara yang diiktiraf Kementerian Pendidikan.


Pembiayaan untuk peringkat sijil terbuka kepada pelbagai kursus termasuk sijil kemahiran, pertukangan, rawatan kecantikan, membaiki kenderaan, elektronik dan membaiki telefon bimbit. Naib Presiden Jabatan kredit Retail, Noor Azman Ahmad, berkata PPI mendapat sambutan menggalakkan sejak dilancarkan dan sehingga kini jumlah pinjaman yang diluluskan mencecah nilai RM13 juta membabitkan 650 orang. "Kami menjangkakan sasaran pembiayaan berjumlah RM100 juta sehingga akhir tahun ini. Pembiayaan ini terbuka kepada pelajar yang menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara termasuk pelajar yang mengikuti kursus pengajian dalam bidang perubatan dan kejururawatan di samping penerbangan.


"Produk ini mempunyai keistimewaan seperti bayaran balik dalam masa 10 tahun dengan diberi tempoh penangguhan selama 48 bulan (empat tahun) selepas mendapat pembiayaan. "PPI juga menawarkan pembiayaan pendidikan untuk peringkat sijil dan kemahiran tidak seperti kebanyakan pembiayaan pendidikan lain yang ditawarkan di mana ia lebih memberi tumpuan kepada pendidikan peringkat diploma hingga ijazah lanjutan. "Menerusi pembiayaan ini, Agrobank bertanggungjawab membantu kerajaan memperkasakan modal insan dengan menawarkan kadar faedah yang berpatutan serendah 4.9 peratus dan bayaran balik bulanan yang rendah," katanya. Beliau berkata, selain mendapat kelulusan pembiayaan dalam tempoh tujuh hari bekerja bagi permohonan yang memenuhi syarat yang diperlukan, PPI menyediakan kemudahan pembiayaan daripada RM1,000 hingga RM100,000 seorang mengikut keperluan pelajar itu.


Bagi pembiayaan kurang daripada RM50,000, permohonan tidak memerlukan cagaran, manakala pembiayaan melebihi RM50,000 pula memerlukan sedikit cagaran dengan jaminan penjamin yang berpendapatan tetap. Untuk memohon pembiayaan itu, pemohon perlu mengemukakan surat tawaran melanjutkan pelajaran dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta serta kolej. Pinjaman yang diberikan merangkumi yuran pengajian dan peperiksaan, peralatan pengajian seperti komputer atau alatan yang berkaitan, pembelian kenderaan, sewa rumah serta makan dan minum. Bentuk pembiayaan diberikan sama ada secara penuh atau beransur-ansur bergantung kepada permohonan. "Jumlah pembiayaan yang diberikan bergantung kepada jenis kursus dan pengajian pelajar. Pembiayaan ini juga terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian luar kampus yang kebanyakan bekerja dan tidak mendapat sebarang pinjaman.

"Bagi pelajar yang menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga masih boleh memohon sekiranya jumlah pembiayaan yang diterima sebelum ini kecil dan tidak cukup untuk menampung kos pengajian. "Bagaimanapun pelajar yang mengikuti program pengajian peringkat sijil yang mendapat pembiayaan sepenuhnya dan diberikan elaun tidak layak untuk memohon," katanya. Menerusi PPI, pelajar turut diberikan perlindungan insurans takaful Kasih serta mendapat kemudahan rawatan. Agrobank turut membuka gerai pameran di beberapa institusi pengajian tinggi pada hari pendaftaran bertujuan memberi maklumat berhubung pembiayaan itu. Bagi institusi pengajian tinggi awam atau swasta dan kolej yang ingin mendapat maklumat berhubung PPI boleh menjemput pihak Agrobank untuk memberi ceramah kepada pelajar.

No comments:

47th QubicaAMF World Cup

47th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

46th QubicaAMF World Cup

45th World Cup

45th World Cup

44th World Cup

44th World Cup

43rd World Cup

43rd World Cup